Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Monday 31 December 2012

ohh... hostelku !



    oitt. adik-adik form 2-5 yang dok hostel masih di rumah lagi ke? form 1 masuk lambat sikit kan? 
okeh lah. mesti best kan nak balik hostel. *loncat-loncat* ehehe. 
ada je kan yang malas nak balik hostel, malas nak sekolah lah, nak dok rumah lah.. bla.. bla..
alahh.. bila dah sampai hostel nanti, dia lah paling excited jumpa kengkawan dia kan.. hehe.


mesti dah banyak berubah asrama ni kan??



serius rindu nak balik aspuri maahad dulu. tak tipu. tak tipu ni.
balik hostel mesti borak-borak tu ini , tu ini ngan kengkawan, adik-adik bilik, kakak bilik.
ada je cerita nak cerita kan. ye lah kan. dkat 2 bulan tak jumpa. eheh.
ye dak ? jgn tipu.. hehe
ini aspuri.gaya hostel perempuan lah kan.
kalau lelaki tu, tak amik tau la plak :P

balik asrama mesti kemas-kemas dulu loker yg berhabuk tuh. kemas barang. kemas katil. sambil tu borak-borak. lepas tu makan.
kalau tak makan petang tu pun, malam nanti makan. lepas prep.
solat maghrib pulak mesti ada yg lambat. dah azan baru nak siap-siap. *haishh*
mesti ada yg cakap gini.
"eleh, lek lah... bukan ada ajk musolla pun kat bawah tuh , kereta ustzah pun tak de"
kesan tarbiah musolla ni masih meresap dalam jiwa pelajarnya.

dah la lambat musolla. buat muka tak malu je la kan naik tangga muslimin tengok.
 kalau ada yg nengok lah kan.
kalau dh lambat tu , comfirm la kan solat kat belakang. dah penuh saf depan-depan.
musolla mesti bising even ada tazkirah kat bawah tuh. ada je benda nak diceritakan lagi. kat bilik tadi tak habes lagi kot. byk chapter lagi nak borak. 
tapi ada je yang amik alquran, buku tazkirah .bagus! *sedar diri*

lepas isyak, mesti ade announcement dari ketua asrama, ketua umum, biro tu lah, biro ni lah.  menandakan peraturan akan bermula lagi. lama lak tuh. 
"lama lagi ke ni?? nak gi prep lah.homework tak siap lagi nih. cepat lah"
mak oii, ayat poyo je kan. eheh.


bangunan ilmu dunia & akhirat

malam berlalu pergi. waktu prep. bawak buku yg patut kena bawak. malam 1st nih. takkan nama nya kelas preparation de, kelas bercerita, berborak ye lah. sambung lagi borak dgn classmate plak. memekak. gelak-gelak. ada je cerita yang tak habes-habes. sambil tu bwk stok (makanan ). makan dalam kelas.
 memang bagus. 
tapi ada je yg sedar diri nak exam besar tahun tu, baca buku, buat latihan tanpa hamik tau yg memekak ni.. 
itu kalau takde homework. kalau hade homework. senyap mcm kubur kelas. semua gelabah nak siap kerja memasing.esok nak hantar. yg relax-relax tu tanda dia kerja dia dh siap kat rumah. 
tapi jarang org gini.1 dalam dua puluh je. eheh 

masih malam. balik prep, hade pak cik tu jual nasi lemak, nuget lah. makan lagi. tadi kat kelas dh makan. ptg dh makan. haihh. hanya orang yg tahan nafsu je boleh bersabar keadaan begini. hihi
tengah-tengah makan, borak lagi. sambung chapter tadi. tak habes lgi ghupenye. classmates lain cerita. budak dorm lain plak ceritanya. yelah, masing-masing lain kelas/batch.
lepas baca al-mulk, sepatutnya tdoq. ni tak. 
"weh, mak aku ada bwk nasi dgn ayam masak rempah. korang kan suka, jom makan"
"korang, akak hade bawak kek coklat nih. mak akak buat, makan lah"
"hah, kampung saya byk rambutan. saya bwk nih. makan lah kak"
 terliuq ke tak ?? semestinya lah. makan lagi. makan tak penat. kalau tak,nanti membazir.
esok mesti tong sampah penuh dgn makanan je. sape yang bertugas hari isnin tu, nasib lah kan. kihkih

kalau homework tak siap lagi. stay up. sambil tu borak-borak. tak de lah sunyi sgt.
kalau tak de homework, ape lagi. lampu dh padam pun still dgr suara-suara sumbang yang bercerita. gelak-gelak.  last chapter kot. final episod. eheh.

lastly, semua tidoq selepas semua chapter/episod dihabeskan . 
meneruskan perjuangan untuk esok menuntut ilmu. esoknya kembali kepada fitrah. 
fitrah  طلب العلم  :)

memori tak dapat dilupakan. saja nak share ngan korang :D
yang agak negatif jangan ikut lah. itu aku dulu. bukan budak baik pun >.<
seriously, rindu nak kembali ke zaman itu dulu. 


*sesungguhnya kita berjumpa kerana ILMU. kita berpisah pun kerana ILMU. semoga kita berjumpa kembali kerana ILMU juga "

p/s : syg ketat-ketat budak dorm 3.3, till jannah :D

استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

1 comment:

  1. huaaa,,,sy juga mnyayagimu lillahi ta'ala,,,:))
    xdnafikan rndunya BUMI TARBIYAH ni,,
    3.3 is awesome ever stayed,, :))))

    ReplyDelete

pembaca yang berbicara ;)