Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Monday, 4 February 2013

Bagaimana nawaitu kita ?? Lillahi Taala ke?

bulan februari dah. masa sangat lah pantas. memang tak boleh stopkan. masa berjalan. banyak benda buat and lupa tak amik tau pasal blog ni. so sorry :)


وعن أمير المؤمنين أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح ابن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب

القرشي العدوى رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله

ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه 
  متفق عليه


” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

enry kali ni, aku nak cerita pasal NIAT. disebabkan subject sem ni ada hadith pasal niat, so aku terpanggil untuk tulis tentang niat. hadith pasal niat ini diletakkan pada awal bab dalam Sohih Al Bukhari yg ditulis oleh imam Bukhari . kenapa Imam Bukhari meletakkan hadith mengenai niat pada bab awal kitab beliau? pernah wondering tak? 40 hadith Iman Nawawi pun. ini disebabkan niat itu adalah pemulaan dalam setiap amalan. sebelum buat sesuatu, mesti kita niat kan? mesti ada tujuan sebab apa kita buat benda tu. itulah niat. dalam arabnya, قصد . muradif bg niat.



Kalau kita buat sesuatu, mesti niat kerana Allah Taala. MESTI. sebab niat itulah yg membawa apa yg kita nak sebenarnya dalam hidup kita. kalau kita buat sesuatu untuk dunia semata-mata, dunia lah yg kita dapat. akhirat? erm. okeh. aku bagi contoh senang. kita beribadah eg mcm solat, baca quran, pergi dgr tazkirah/talk, tapi niat kita untuk orang pandang kita yang kita baik, alim, rajin beribadah.. bukan kerana Allah atau dapat redha Allah. pastu, mmg orang akan pandang kita baik, alim , rajin..puji kita tapi pikiaq balik, di akhirat nnti kita baik ke? alim ke? Allah pandang ke kita ?Allah puji ke kita kat sana nanti?  itu persoalannya. di dunia dapat, akhirat hade?
itu lah fungsi niat. mcm wurud hadith di atas ni, mengenai seorang lelaki yang nak berhijrah bukan kerana Allah, tetapi berhijrah untuk berkahwin dgn seorang wanita. mmg dia dapat la kahwin dgn wanita tu, tapi pahala? xdek. xdek. sebab tu lah, papehal amalan semua bergantung pada niat. Lillahi Taala.

 Fungsi niat dalam mencari ilmu

dah dekat 3 minggu masuk sem baru ni, aku memerhati gelagat classmates yg rata-rata bukan sembarangan orang. tak kesah brothers atau sisters. time aku masuk kelas 1st minggu pertama iaitu kelas hadith jgak, ust Yaidi, lecturer hadith menanyakan banyak soalan tentang hadith, lebih kepada mustholah hadith. macam apa kitab2 hadith yg ditulis oleh Imam ni, Imam itu, siapa penulisnya. semua tu aku blank. sdgkan dh belajar time form 4, form 5 dlu, sbjek pendidikan Quran dan Sunnah. bila ust pandang muka kitorang, sorang pun xtau. tapi ada seorang hamba Allah ni  bagus, mcm2 kitab hadith yg dia tau. so, dia ni penyelamat lah. kelas introduction to human sciences pun, Allah. mcm2 dia tau pasal sejarah . aku just ternganga *tutup mulut balik* Allah. Allah. Allah. mesti dia belajar kerana Allah dan ilmu tu dulu. bukan untuk exam semata-mata. sebab tu ilmu dia kekal dalam otak smpai sekarang. aku ? mcm bese lah. blurrr je. nmpak sgt dlu belajar sebab exam :(  AllahuRabbi.

kalau kita perasan, bila kita belajar sebab exam and then niat kita tu utk dapat A+, 4flat, dean's list, mmg kita dapat (kalau usaha lah) tapi ilmu tu macam mana? jawab nya ilmu tu dalam kertas exam je lah. lepas exam , terus hilang. lebih2 pulak kita ni tak habes2 buat maksiat & dosa. lepas bertaun-taun pun, still tak ingat ape benda yg kita belajar dulu even result kita dlu punya la bagus giler.  itu je tanda nya kita niat tu kerana Allah atau tak. sebab tu kita kena memperbaharui niat kita setiap hari. Lillahi Taala.

Fungsi Ikhlas dalam niat

niat ni mesti related dgn ikhlas. ikhlas ni pulak maksudnya untuk mendapat redha Allah semata-mata bukan untuk dunia. ha! related tak dgn kat atas tu? mestilah related. kalau kita ikhlas tuntut ilmu kerana Allah,  mesti Allah bagi ganjaran kat dunia dan bonus berlipat ganda kat akhirat nnti? best woii !! Straight A's dapat, 4 flat dapat, dean's list dapat kta dunia, time tu jgak dapat pahala. and akhirat dapat lagi. untung tak wei? gile tak untung kalau ikhlas ni.

erm, memang ikhlas ni payah sikit. tapi tu lah. kena paksa diri. muhasabah diri selalu. kekadang bila kita selalu paksa diri tu untuk ikhlas, lama2 mudah jadi ikhlas tu.kena biasakan lah. in sya Allah. mesti Allah permudahkan kalau niat kita betul-betul baik untuk capai redha Dia. ikhlas krn Nya.  sebab tu kita kena memperbaharui niat kita setiap hari. Lillahi Taala. 

Tak usah dok jaga tepi kain niat orang lain

time kelas hadith tu jgak, aku sempat tanya ust Yaidi, boleh ke kita mempertikai niat orang lain or tuduh dia tak ikhlas?? ust cakap, TAK BOLEH. sebab niat itu batin bukan zahir. hati kita sendiri pun kita tak nampak, apatah lagi hati  orang lain kan? tapi kita boleh tahu hati kita sendiri, bukan hati orang lain. kita tak tahu apa dalam hati dia, niat dia buat sesuatu tu. siapa pulak kita nak tuduh orang lain niat tak betul kan? Allah adalah penilainya. kita manusia biasa xpayah dok sibuk jaga niat orang lain. niat kita tu, semua kerana Allah ke? *sentap jap* itulah manusia. sentiasa cari kesalahan manusia lain even kita pun sendiri tak tau niat dia sebab apa. lain lah kalau memang nampak dgn zahir dia. tapi tibe2 je tuduh dia mcm gini.

alah, niat dia tu pakai tudung labuh time ust Ali je, time lain tak pakai pun.
 pakai tudung labuh sebab ust. haishh.
bdk tu suka betul jawab soalan ust. eleh, niat dia tu nak promote diri la tu
nak kata dia dia pandai .. eee
amboihh, budak tu, bukan kemain lawa lagi gi kelas. tabbarruj. nak cari publisiti, 
yelah, org lawa, mesti org lain pndang kan.
dia tu mcm tak ikhlas je nak tolong aku tadi. 

amboiihhh, kuat mengata memasing. ini cerita perempuan lah kan. perempuan memang gini. brothers tak tahu lah kan. tapi takkan tak pernah terdetik dalam hati tu nak tau niat orang lain? mesti lah kan. ada je benda nak  tuduh niat orang lain tu itu lah, inilah.Meh aku cite sikit apa yg berlaku pada zaman Rasulullah dulu.

 Kisah yg berlaku kpd Usamah Bin Zaid, cucu angkat Rasulullah. beliau sendiri menceritakan:
 " kami  bertembung dgn seorang musuh. kami mengepungnya, lalu dia mengucapkan لا اله إلا الله. kami membunuhnya. kemudiannya peristiwa itu aku laporkan kpd Nabi. lalu, Nabi bersabda, 'Apa kamu nak buat dgn لا اله إلا الله pada hari kiamat nanti?  kamu bolehkah belah hatinya sampai kamu boleh tahu bhawa dia mengucap krn itu? apa kamu nak buat dgn لا اله إلا الله pada hari kiamat nanti? '  Usamah mengakhiri ceritanya: Baginda tak henti-henti mempersoalkan sehingga aku betul2 berangan kalaulah aku tidak masuk Islam lgi melainkan hari itu." (Riwayat Abu Daud)

sebab tu kita kena bersangka baik. bersangka baik dgn niat orang lain. biaq pi lah dgn niat depa. yg penting jaga niat kita ni. jaga tepi kain niat kita sendiri. itu memang terlebih afdhal segala afdhal dah. dari terus sangka buruk, tuduh niat orang lain entah hape2 tu. niat kita tu tak entah hape2 ke? muhasabah diri, pernah ke kita buat gini? last advice from me,jaga niat kita sendiri setiap hari. Lillahi Taala and kita kena memperbaharui niat kita setiap hari. Lillahi Taala.


sebab aku buatlah, aku tulis. sebagai peringatan diri sendiri.semoga aku tak buat lagi benda gini. jgn expect yg org tulis benda baik, dia tak pernah buat dosa. sama-sama mengubah diri ke arah mencapai redha Dia :)
sobahul kheir , sobahun nur :D  tata ..


استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

No comments:

Post a Comment

pembaca yang berbicara ;)