Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Friday, 15 February 2013

hijab, tudung... it's cover our aurah ??





sobahul kheir :)
entry kali ni, aku ingin membuat pencerahan mengenai tudung. especially kpd sisters, muslimah yg bertudung biasa. take note babeh.  umum kpd brothers, muslimin. tudung adalah salah satu tutup aurat anggota badan kita iaitu menutup kepala,rambut, dada. hal ini telah di jelaskan dalam Al-Quran.


وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung sehingga ke paras dadanya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

nampak tak ayat al-Quran yg aku telah boldkan hitam tu? itu ayat al-Quran yg menceritakan tentang hijab yakni tudung lah. bukan kemain besar pulak aku word  hendaklah mereka melabuhkan kain tudung sehingga ke paras dadanya.  tudung yg kita pakai tu, MESTI TUTUP DADA kita. nak berfesyen mcm mana pun,fesyen lah.nak lilit mcm mana pun lilitlah, jgn smpai tercekik mati sudah, yg penting, tutup dada tu. kenapa ye aku asyik ulang tutp dada dr tdi? sebab mmg Al Quran dah suruh. nak buat mcm mana. lagipun, ada sebab kenapa Allah suruh tutup kita nya dada tu. sebabnya tak nak lelaki-lelaki pandang lain mcm je kat kita. dgn pandangan lain mcm tu lah, terjadinya zina mata and zina seterusnya.  begitu syg Allah terhadap diri kita yg bernama perempuan nih. kita je tak syg diri kita sendiri. AllahuRabbi :(


okeh. fine. paragraph kat atas ni mmg tujukan kpd muslimah-muslimah yg memakai tudung biasa-biasa. yg bidang 50, 45,tudung bawal, tudung indon yg jenis tudung fareeda tu kan, showl, pashmina.. and others. aku tau jenis tudung2 ni pun sebab ramai kawan2 pakai. al maklumlah, aku ni dok kg je, shawl dlu pun tak tau ape benda.aku tau selendang je :P. Hehe. btw, msuk u ni, mcm2 la aku jumpa org yg memakai pelbagai jenis tudung and then aku suka jgak shopping tudung kat jalan tar tu :)
yup! memang aku pakai tudung biasa-biasa je kat u ni. prinsip pertama aku, tutup dada. aku terjumpa benda ni time google pasal tudung. mungkin boleh dijadikan rujukan dalam memilih tudung yang menutup aurat.
keselamatan tudung :)

okeh, boleh jadikan rujukan benda gini. ini org sekarang tak nampak. kita tahu pakai je, tapi tak tau apa ciri keselamatannya. kalau tadi aku amat amik berat tentang TUTUP DADA. prinsip kedua aku pakai tudung ialah TAK JARANG. tak jarang. tak jarang. perghh. tudung dh tutp dada dah. alamak !! jarang la plak. nampak pulak leher. aduhh. leher tu aurat kan? so, pakai inner neck. apa susah. ada jual kat kedai-kedai tudung tu. kena tanya lah kakak-kakak kedai  ada jual ke tak inner neck tu.atau pun jahit sendiri. perempuan mesti pandai jahitkan. kalau tak gheti nak jahit tu, soh mak jahit. hehe :P jgn plak pkai inner neck je, tak tutup dada tau :) kalau ada mmg jenis tak suka pakai inner neck,  cari tudung yg tak jarang. macam tudung akel, tudung rozella. jenis-jenis gini memang tak jarang. tapi tgk jgak jenis kain dia. kalau kena chy matahari, ada jenis yg jarang sikit. so, kena perhatikan setiap ciri keselamatan tudung yg kita beli dan pakai tu.

                   pashmina


tudung akel 2/3 tone
   
tudung ni mmg agak jarang, so, inner neck diperlukan.

dah mcm penjual tudung online dah. haha :) selalunya pashmina, shawl mmg  tak jarang. ada jenis la kot. aku tgk kwn-kwn pakai ok je. to me, pashmina and shawl mmg ketat nak pakai. lilit sana, lilit sini. aduhh. boleh tercekik den. hehe. sebab pernah pakai sekali je, adoii. lebih selesa pakai tudung biasa atau tudung labuh terus je. senang bernafas. itu pendapat aku. itu keselesaan masing-masing ye. ada org jenis selesa bagai tudung gitu. ada org jenis selesa tudung gini. it's depends :)

      


fesyen hijab masa kini. kata utk muslimah, tapi tak tutup aurat pun.



yg terbaru hijab wig. ini aku dpt tau dr wardina nya twitter and fb dia. Allah. tak tau kenapa dah. it's not hijab babeh. ni mcm ala-ala rambut dah. mcm2 dh org reka hijab kononnya utk muslimah padahal tak pun. mcm tu jgak fesyen-fesyen muslimah. tutup rambut, tapi tak tutup leher. telinga. apatah lagi dada kan. so, tutup aurat ke tu? senang je kn org barat nak pengaruh kita melalui pakaian, hijab. yes. memang pereka-pereka tudung ada je yg Islam. tapi mungkin tak tahu yg bahagian mana perlu ditutup ketika mereka fesyen tudung. (sila sangka baik). kita yg  dah tahu ni, cuba cari tudung yg sesuai. yg tutup aurat. ada ciri keselamatan mcm kat atas tu. cantik, cantik jgak. pastikan pada pandangan Allah, kita cantik. itu lebih penting.

         

ini baru aku cerita pasal tudung/hijab. dalam entry lain, aku cerita pulak pasal bab pakaian, dan stokin. kenapa aku sgt ihtimam bi hijab ni (amik berat dgn tudung) ?? sebab aku syg mak abah aku dan bakal suami aku. eheh. aku tak nak Allah tanya mak abah  aku kat akhirat kenapa anak mereka tak tutup aurat dgn sempurna. aku tak nak jgak bakal suami aku free-free je dapat tgk aurat aku sebelum jadi halal. post ni bukan jiwang pasal kahwin, tapi mmg tu realitinya. harap maklum :P rambut, leher, dada tu aurat. itu maksud aku. aku pun tak nak diseksa dlm kubur, masuk dlm api neraka gara-gara tak tutup aurat. korang nak ? mmg x lah kan. Nauzubillah min zalik :(

 jgn ada dlm kepala hotak,  "alah, budak tu pakai je tudung , tapi mengumpat, couple". kalau ada dlm otak tu sekarang, please. keluarkan sangkaan buruk jauh-jauh dlm otak korang sekarang. bertudung doesn't means they're perfect. tak de dosa. so, jgn kira dosa org lain, kalau dosa kita pun tak terkira. entry ini hanyalah tips kpd muslimah-muslimah yg bertudung agar ikut syariat :) pasal niat pakai tudung, niat kan utk cari redha Allah, bukan nak cantik pada pandangan manusia je. betulkan niat. memang semua muslimah tu cantik. so, cantikkan diri kita dgn bertudung dgn sempurna. pakai tudung labuh terus pun xpe.niqab pun xpe. asalkan ikut syariat ye :)

 tips last dr aku, nk tgk kita tudung kita tu sempurna atau tak, tgk cermin lama-lama time nak pakai tudung. muka dah lawa kan kat cermin tu. tgk kat cermin tu, tutup dada tak tudung tu, jarang ke tak. and then, tanya kawan-kawan, "weh, jarang tak, tutup tak dada aku?? " kalo diowg jawab jujur, terima lah seadanya.jgn ego   pulak :) ada lagi tips last but not least, rasa tak selamat dan selesa bila pakai tudung gitu. means, bila bertemu dgn muslimin/brothers, rasa selamat tak dr pandangan mereka? kalau selamat, okeh lah tu tudung tu. kalau tak, ada yg x kena la tu.  kalau yg dh lawa tu, mmg kena pandang la kan, nak wat mcm mana. kekadang org yg lawa ni pun, brothers tak berani nak pandang jgak. tgk org jgak la kan.

meh kita yg muslimah ni sama-sama jaga diri, keselamatan diri dr pandangan manusia yg lain mcm tu. eh, ada tips last dari Dr Cinta ;


p/s: aku bukanlah pemakai tudung labuh tegar. dan juga pemakai tudung biasa yg tak tegar. 50/50. prinsip aku, TUTUP DADA & TAK JARANG dalam bertudung. sebab aku pun bukan pakai tudung fareeda jgak. except gi cafe.  ini sekadar tips and sharing dr aku yg kerdil ni. sama-sama kita mencari redha Allah :) peace no war :P




استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

No comments:

Post a Comment

pembaca yang berbicara ;)