Tak payah cakap banyak, kita dah tahu apa dua benda ni. couple dan dating menjadi perkara biasa zaman sekarang. mcm tak boleh dibendung. kat u ni, lagi laaa. terang tang tang je dating. couple, seramai-ramainya.
kat luar lagi laa.. mid valley, terminal one, times square. benda biasa dah. rasa awkward plak mereka-mereka tgk aku and kawan-kawan aku keluar jalan-jalan tak dek boyfren. hahaha. tapi aku relax je. biaq peliq asalkan Allah suka and redha. tu je prinsip aku.
COUPLE & DATING. Dan Allah redha ke kita buat macam ni?
masuk u, aku baru rasa lelaki tak lah semua perangai mcm tu. ada la gitu sikit. perempuan pun sama je sebenarnya. tak dek beza pun. kat u jgak, baru lah berubah sikit mentaliti aku pasal couple nih. kalau kat sekolah dulu, couple haram. herm. kat sini aku jumpa jgak kawan-kawan yg couple. ada yg cinta jarak jauh. sorang utagha, sorang selatan. ada jgak, yg couple satu u, tapi tak pernah pun dating dalam u.
tapi, yg peliknya ada je kawan-kawan aku yg masih jual mahal sampai sekarang. ada je yg minat kat dia, ajak couple, tapi still jual mahal. tak nak couple. sdgkan hati tu suka tu. kekeke.
maksudnya kat sini, boleh je kalau kita tahan perasaan tu. tak perlu couple. setakat kawan tu ok la kot. tapi kalau dh declare tu, herm. herm. byk dh herm aku. hah, kalau betul la dia tu syg kan kita, dia akan tunggu kita jgak. serius. tak perlu la nak couple2 bagai kan. doa cukup. Allah perantaraan kita. cukup lah.
orang yang tak couple and tak penah couple ni, nilai dia lebih mahal tau.. so berbanggalah sebab kita dah ikut aturan Nya hee :Dini status kawan aku yg jual mahal tu. hehehe. yg lain pun ada je, yg jual mahal nak mampus. tapi bila laki tu pi kat lain, jeles plak. kikiki*sila terasa*. xpe lah kan, Allah ada. capai cinta Allah dulu. nanti Allah akan hantar kan org baik-baik kat kita. in sya Allah :)
satu benda yg nak ingatkan, Allah redha ke kita couple dgn dia ni?
jawab sendiri. rasa sendiri. muhasabah sendiri. cari jalan penyelesaian mcm mana nak capai redha Dia :)
tadi kalau cite pasal couple, ni nak cite pasal dating. sebab ni la aku dok mengupdate blog sebab kelas seharian tak dek. and then, mmg tak puas hati org dok dating ni. haihh.
kalau nak couple, couple la. tapi xyah nak dating dalam u ni. please. please and please. and jgn dating dalam sekolah, lebih-lebih lagi sekolah agama. please. please. please. kalau nak dating sgt, jumpa kat luaq. ni bukan aku nak soh hampa semua couple. mmg tak lah. yg kat atas tu ape benda lak? paham-paham sendiri la ea. semua dh besar kan :)
entah kenapa aku memang pantang org dating dlm sekolah and u ni. Allah. tempat kita belajar, tempat kita cari ilmu dan tarbiyah diri, tempat tu jgak kita nak dating. okeh,fine. nak study sama-sama. tapi, tolong lah.. please. please.please. niat tak menghalalkan cara. syaitan tu sentiasa bisik kat telinga kita, benda yg haram tu jadi halal. benda tu semua nafsu. iman je dapat kawal nafsu tu. so, kita perlu check iman kita tu. kurus gemok iman tu ? herm. mcm tu jgak, jalan berdua-dua dlm u ni, Allah. fine. org lain ada je couple, xde plak, jalan dua-dua dlm bas smpai dlm kampus. lain kali hntar smpai tangga asrama ye. huh. *lap peluh*
kekadang sebab kita asyik dok layan perasaan cinta tu, lupa yg kat Atas ni sentiasa memandang. okeh. ni cerita dating bukan dalam kampus je, kat luaq pun. Allah tu cctv terhebat. nampak segalanya. kalau dh kantoi kat aku, takkan la tak kantoi kat Allah kot. herm. tanya kat diri, "Allah redha ke aku dating ngan dia nie, even aku bwk kawan-kawan sejantina aku, even aku mmg berniat nak kawin ngan dia?" hah. hidup ni kalau hanya hidup makan minum, berjaya, kaya tapi hidup tak dek redha Allah, payah tu.
so, in a nutshell, yang tak pernah couple, jgn berangan nak couple. harus berangan nak kahwin xpe. hahah. (wajib berangan mcm mana kalau kita mati nnti ) . yang dh putus tak bertali tu, bwk2 la bertenang,ada sebab Allah temukan org yg salah, sebab Dia nak temukan kita dgn org yg betul- betul syg kat kita. yg dh couple, masih still setia hujung nyawa la katakan,herm, pikirlah masa depan didunia dan akhirat, kang soh putus, lain plak jadinya. so, mcm tu laa.. harap yg couple ni sampai la ke jinjang pelamin. and then smpai syurga. ameen. tapi please dh kawin nnti, dating la puas-puas ye. please :)
last sharing :)
berkahwin dgn org yang kita cinta itu impian, berkahwin dgn orang yang tak dijangka itu jodoh
ni la baru sweet. kekeke. |
doakan aku dan sahabat-sahabat yg lain dapat jawab soalan critical thinking dan hadarah minggu ni. :D
woww.... SubhanALLAH... JazakiLLAH... Dah nmpk anisah syahirah masa akn dtg ni... Such a good entry...! Good job (Y)
ReplyDelete