Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Monday, 29 July 2013

Hikmah di Sebalik Courses

" Kita merancang, Allah pun merancang. Dan Dia sebaik-baik Perancang.  Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. "



Dengan kata-kata inilah aku pegang dan menjadi prinsip aku sejak umur 18 tahun untuk teruskan kehidupan. Ya, aku memang kuat merancang since zaman sekolah lagi. Macam-macam aku ingin buat untuk masa hadapan. Tapi bila dah dapat something apa aku nak, aku terpaksa lepaskan sebab nak jaga hati orang yang aku sayang. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku jatuh. Mungkin korang pernah rasa kot macam ni atau yang tak pernah, Allah uji benda lain pulak. Bila dah kuat merancang, kita bermimpi akan capai apa yang kita inginkan. So, bila dah meningkat alam dewasa ni, aku fikir balik, Allah.. memang jauh pulak daripada rancangan zaman sekolah dulu. Ada yang capai, ada yang tak. 

Ada sebab kenapa Allah letak kita dalam course itu.

Semua orang ada impian nak course tu laa, ini laa.. tapi bila dah check upu, Allah.. lain pulak dapat. Ada yang bernasib baik dapat bidang yang dia nak. Ada yang tak. Semua bergantung kepada rezeki. Ada tu tak dapat masuk  pun. Tapi qoutes kat atas tu sebenarnya boleh kuatkan kita balik untuk  terima qada' dan qadar Allah. Aku, dpt course lain, tapi disebabkan aku ni jenis taat sikit dgn mak, aku tukaq course lain. Abah okey je. That's 1st time abah support aku untuk amik course yang aku nak tu. Mak je tak. Aku pun ikut je arahan mak. Tukar course. Akhirnya aku bertukar ke course lain. Dan macam ni la jadinya aku. Keluaran course baru. ohohoho. Banyak Allah tunjukkan hikmah aku amik course ni dr macam-macam segi, lecturer best, subject  u best, kelas best, kawan-kawan best, tempat shopping best, makan best, masjid dekat,  semua lah. Lama-lama perasaan nak ke course tu, dah tak de dah. Ada pun sikit je laa tapi tetibe rancang mana tau boleh amik minor degree nanti. Insya Allah ;) 


Allah tak pernah silap untuk letak kita dalam mana-mana courses pun. Mesti ada sebab. Macam aku, Allah dah tunjukkan hikmah Dia, dan aku nampak dah kenapa aku perlu amik course ni walaupun mulanya arahan mak. Mesti mak aku dah doakan yang terbaik untuk aku, dan Allah rancang sesuatu yg surprised untuk aku jugak :)  Mesti korang pun ada yang nampak kenapa korang terpilih masuk dalam course tu. Ya, memang awal-awal, kata tak minat lah, berat lah course ni.. susah lah, and then macam-macam alasan. Tapi Allah itu Maha Pemurah, Dia tak pernah hampakan hamba-hamba Dia untuk terus berputus asa macam tu je. Dia bagi hikmah macam-macam dari sudut lecturer, Dia bagi yang best2, Dia bagi sahabat-sahabat yang memang jarang kita jumpa sikap mcm tu selama hidup ni, subject yang tetibe rasa best, sdgkan dulu kat sekolah anti dah subject tu.. Dia bagi kawasan persekitaran yang selesa kat kita, sesuai dengan keadaan kita. Tapi  kita je lah, redha atau tak dengan apa yang Allah bagi tu? Bersyukur atau tak segala nikmat yang Allah bagi tu? Takkan sebab Allah letakkan kita kat course lain,tak dapat apa yg kita nak , kita nak give up mcm tu je? Come on sahabat, belajar untuk redha dan bersyukur. Benda ni lah yang aku belajar selama 2 tahun aku  tukar course. Ya, Alhamdulillah, hari ni aku jadi orang. 

Proses kematangan yang Allah bagi berbeza kepada setiap Hamba Dia.

Dalam aku melalui proses 2 tahun course ni, aku kenal macam-macam orang, macam-macam pengalaman. Orang kata umur berganjak 18 keatas ni, nak tempoh matang. Ya, dari sikap aku ni, xde lah matang sangat, masih keanak-anakan lagi, tapi tengok tempat lah jugak sifat tu kan. Satu yang aku pegang dalam konsep matured ni , 
"Biar perangai tak matang, jangan otak tak matang"
Kalau otak tak matang, payah dah tu. Susah nak fikir kehadapan. Tapi perangai pun kena matang jugak cuma  tengok tempat  la ye. Kalau matang sentiasa, orang borink jugak. Dah macam orang dewasa pulak. haha. So, depends kepada diri masing-masing macam mana nak matang tu. Cuma proses kematangan tu berbeza dengan apa  pengalaman yang kita lalui. Aku lain, kau lain dan dia lain. Kalau aku, qoutes aku ni je.
Kematangan aku berbeza dengan siapa aku bersama
haha. Kalau borak dengan orang yg agak matang tu, jadi lah matang. Kalau bergaul dengan budak-budak tu, aku pun macam budak-budak dah. Haha :p Sebab tu aku kata depends bagaimana Allah turunkan ujian, pengalaman dalam proses  melalui  matang tu. Alhamdulillah, Allah bagi course yang boleh aku belajar macam mana nak matang dalam proses nak teruskan kehidupan sebagai hamba Dia. Dia temukan aku dengan orang-orang yang matang untuk aku bergaul, orang-orang yang boleh buat buat aku marah, sakit hati.. So, semua tu tu Allah bagi ujian ada sebab nak tengok aku matang atau tak nak selesaikan segala masalah yang melanda. Macam-macam jugak lah yang aku belajar dari course ni, sahabat-sahabat course ni jugak, menjadi aku terus kuat sampai sekarang :) Mungkin macam korang, Allah bagi ujian lain, tapi benda yang Allah uji tu lah yang menyebabkan kita berbeza dulu dan sekarang. Kalau nak tahu, kita ni dah melalui proses kematangan hidup atau tak, pi tanya kat kawan sekolah ke, kawan dh lama kenal kita sejak kecik ke..

 "kau rasa apa beza aku dulu dan sekarang? "

Suruh dia jawab jujur, kalau dia kata,

"Kau dulu kurus, sekarang gemuk" 

*sekeh je kepala dia* haahaha. ini serius okay.

Kalau  jawapan dia bukan jawapan bentuk fizikal kita.. means, anda dapat rasa yang anda telah melalui proses kematangan peringkat elementary school. haha. Because hidup ni panjang, waktu yang singkat. Apa yang kita belajar dalam course tu lah proses otak kita berfikir secara matang, bergaul dengan orang sekeliling, pengalaman belajar dalam course tu ubah sikap kita. Ini untuk semua course ya.. Tak percaya, tanya diri kita, sebanyak mana course yang kita amik ni, mengubah hidup kita? jap, dari baik ke buruk ke, buruk ke baik? Diri sendiri jawab la ya. Tepuk dada, tanya Iman. 

Konlusinya, Allah takkan bebankan hambanya melainkan dengan kesanggupannya.

            لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ   
 Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, 

Surah Al-Baqarah: 286

Dalam kita membaca mathurat tiap-tiap hari tu, muhasabah ayat ini dengan hidup kita. Kenapa Allah hantar aku dalam course ni? Apa hikmahnya? 

Mungkin course yang Allah letak ni adalah keperluan bukan keinginan ;)





استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

No comments:

Post a Comment

pembaca yang berbicara ;)