Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Saturday, 11 January 2014

Give up dan Down itu Warna Kehidupan



yess. I'm back after 6 month. Assalamualaikum.

Aku baru habis  exam final untuk semester pertama di alam degree.Alhamdulillah. Kesibukan yang amat sangat di alam degree ni buat aku menghargai apa itu masa, tapi still jugak belajar last-last minute -.-

Melihat blog yang semakin berhabuk tanpa di sapu mahupun di vacuum, membuat aku rasa nak menaip sesuatu ketika diri masih ada di bumi ilmu ni. Nak menulis segala pendapat, pengalaman selama 4 bulan semester pertama memang banyak lah kan cuma masa tak mengizinkan. Masuk-masuk kelas je awal semester, lecturer dah bagi assignment lebih-lebih lagi aku dapat kelas Intro to Fiqh dgn Dr Maszlee, penganalisis politik yang hebat ilmu fiqhnya. Yang masuk dalam tv1 tu.. yang dalam surat khabar tu. Lecturer kesayangan aku tu.Haha.  Memang tak sempat nak bukak FB kat laptop, tengok movie bagai macam orang lain. Rasa serba salah nak tengok cerita sebab amanah kat ilmu yang kena buat tapi tak siap-siap. Plus dengan exam bertimpa-timpa time mid term. perghh lagi laa. Plus lagi aku dapat lecturer subject lain yang  reject assignment, sikit-sikit reject. Bukak laptop ni hanya untuk buat assignment bukan utk berenjoy. Satu jihad fi sabillah betul kalau difikirkan balik.





Semester ni mengajar aku erti kematangan hidup. Lagi-lagi umur dh masuk 20 lebih sikit ni. Macam mana aku nak control segala masalah, stress, marah dan lain-lain lagi. Serius aku jenis tak stress belajar. Sebab tu aku excited nak masuk degree, tak sabar nak belajar.  Sekarang ni haa, bosan kot tak baca buku macam biasa. *biasanya baca buku ke? haha. Tapi aku stress bila  ada berkaitan dengan orang lain +  urusan peribadi aku. Stress aku lebih kpd sebab manusia. Rasanya buat masa ni aku tak pernah menangis sebab stress belajar. Alhamdulillah. Menangis sebab gagal tu biasa la kan. Btw, aku  jumpa macam-macam perangai orang dalam universiti ni pun buat aku tahu macam mana nak handle orang macam ni, macam tu dan mcm mana  jugak nak handle perasaan aku bila jumpa orang macam ni. *banyak betul macam nya :p

Aku fikir, ni baru  1st sem belum lagi 2nd sem, 2nd year nanti. Lagi laa banyak cabaran dan dugaan yang akan melanda diri. So, nak hadap segala dugaan tu nanti, aku kena belajar macam mana nak handle segala masalah, diri dengan sikap positive dan sabar. Yang penting macam mana  kita jaga hubungan dengan Allah, Pencipta kita. Apa yang Allah uji aku semester ni memang buat aku rasa hubungan kita dengan Allah sangat lah dekat bila kita ada rasa nak kembali pada Dia. Dia bukan saja-saja bagi satu ujian pada kita, tapi Dia nak tengok sejauh mana kita hadapi dengan sabar dan solat. Dia nak tengok macam mana kita handle ujian Dia tu dengan iman atau nafsu amarah.


Ya, memang terasa berat ujian yang Allah bagi tu. Tapi cuba kita fikirkan balik apa nikmat yang lain Allah dah bagi.. kenapa kita masih terasa berat sampai down macam tu sekali? Rasa down tu memang akan dalam diri setiap manusia, cuma kita kena tahu macam mana nak handle down dan give up. Jangan biarkan down tu effect other side. Cuba kita ambil wudhuk, solat, baca Quran. bagi masa untuk diri utk alone. tanpa orang lain. yang ada kita dengan Dia je. Kadang-kadang masa bersendiri dengan Allah ni bukan waktu solat je, waktu lain jugak. Muhasabah diri balik kenapa aku perlu give up, down? sedangkan Allah tak pernah give up terhadap hamba Dia. Dia tetap bagi macam-macam nikmat walaupun kita selalu mendustakan nikmat Dia. Kalau perlu nangis, nangis lah. Saja je Allah bagi ujian nak ingatkan kita supaya dekat dengan Dia, cari Dia dan hambakan diri pada Dia.

Macam tu lah aku fikir bila macam-macam ujian yang Allah bagi untuk semester ni. Lepas tu, Allah kirimkan aku sahabat-sahabat yang boleh aku kongsi perasaan, masalah untuk bangunkan aku balik dari down. Bagi kata-kata, motivasi, buat lawak jangan kasi menangis. hahaha hooohh. down aku ni ambil masa yang lama untuk pulih. down aku bukan sebarang down. Tapi rasa bertuah jugak, Allah pilih aku untuk hadap ujian ni, sebab ada orang lain tak rasa mcm mana aku rasa. Dan aku tahu, orang lain tu lain-lain ujiannya. Bila tengok kawan aku ni yang mcm aku jugak, tapi down dia, dia boleh hadap lagi dan mencuba sedaya upaya. Berbanding dengan aku yang memang buat dono je, tak nak cuba hadap, sebab nak ambil masa kan..  terasa dia begitu kuat walaupun dia nangis-nangis kat aku. Bezanya aku ambil masa untuk pulih utk hadapi balik, dan dia down pun, dia cuba utk hadap ujian tu sekuat hati yang mungkin. Dan aku tahu aku tak sekuat macam tu.


dah kenapa asyik dok tulis pasal diri atas ni. haha.  Just kongsi perasaan bagaimana perasaan seorang hamba bila Allah uji macam-macam. mesti laa korang pernah rasa kan, cuma cara Dia bagi ujian tu yang berbeza. Bukan hamba lah, kalau Allah tak bagi sesuatu ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita.

fullstop sampai ke sini ceritaku. lepas ni jika ada ujian melanda diri. meh kita sabar dan solat.

Allah s.w.t berfirman ;


 يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن

``Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 153)


pesan kawan aku pulak ;

In this world when life can be so tough, you must be strong. Just believe in Him and don't you fear. So open your mind and close your eyes, take another look from the other side.

Life must go on and face it :)

 Semester ni, aku rasa puas berdiskusi, bertukar-tukar pendapat dengan sahabat-sahabat yang lain. Seronok berkongsi. Terasa bila kita berbual, bukan ceritanya mengumpat, atau cerita pasal artis  and so on tapi berbual mengenai  isu-isu sekeliling kita. We have to know ! apa yang aku selalu tanamkan pada diri ialah..

Rasa bodoh je tak tahu apa-apa . kalau tahu diri tu tak tahu, cari jalan untuk tahu. Bukan buat-buat tahu dan bodoh sombong tak nak ambil tahu. 

keep calm and happy holidays and all the best to students degree in malaysia and oversea !

Semoga esok hari masih ada untuk merasai nikmat iman dan Islam ;)
May Allah bless us wih His Rahmah :)





استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

3 comments:

  1. Masyaallah.. saya tengah down untuk sem 1 ni alhamdulillah jumpa blog awak .. Allah tambahkn semangat saya... Agree with u bila ditimpa ujian sabar dan solat lah yg terbaik ☺️

    ReplyDelete
  2. thanks to penulis... u have very good contents and enjoy to read this...

    ReplyDelete
  3. MGM Grand Hotel & Casino - MapyRO
    MGM Grand Hotel & Casino. 3135 Las Vegas 경기도 출장마사지 Blvd 인천광역 출장샵 South, 경상북도 출장샵 Las Vegas, 하남 출장마사지 NV 89109. Directions · (702) 770-1000. Call Now · More Info. Hours, 통영 출장마사지 Accepts Credit Cards, Attire, Wi-Fi. Rating: 3.7 · ‎4,330 reviews

    ReplyDelete

pembaca yang berbicara ;)