Heipp.
I'm home. Mulanya nak tengok cerita korea. tak jadi tapi nak jugak dengar lagu hindustan kat blog den ni. hehe. sedihkan instrumental ni :p
berbalik kepada tajuk entry ni. Ilmu Bukan Hanya pada Syilibus Belajar.
semester ni banyak mengajar aku apa erti ikhlas terhadap ilmu tu. belajar bukan untuk exam. Lecturers, subject menguji sejauh mana ikhlas aku menuntut ilmu. terima kasih kerana memberi kesedaran itu :)
Antara yang menguji keikhlasan aku ialah apa yang aku excited baca untuk exam, memang tak keluar dalam exam tu. sikit pun. Allah. memang nak jawab apa la kan dalam exam tu. rasa nak nangis pun ada tengok kertas jawapan tu kosong. lepas tu siap cakap kat ust,
"terima kasih ust, sebab uji keikhlasan saya menuntut ilmu"
dan ust tu senyum. tawakal je.
Satu lagi, aku saja hantar lambat assignment dr maszlee yang last sekali. boleh je siap awal. tapi tak tahu laa tang mana aku dok ikut cakap syaitan tu.. dan akhirnya aku hantar hari Isnin. minggu depannya. sebab aku rasa..
"alaaa... assigment hari tu hantar lambat, Dr bagi je full mark "
hah. kau. dr maszlee bagitau, siapa hantar hari isnin tu, memang tak dapat markah. sekali lagi aku redha.
Rasa menyesal saja hantar lambat tu. Member2 aku yg hantar minggu LEPAS tu.. free2 je dpt 2.5m. Tapi Dr maszlee tak pernah mengecewakan aku, dia still bagi aku 1 markah. Alhamdulillah. hidup jugak lah carry mark aku :)
Tapi ni paling buat aku rasa diuji lah bila buat assignment Dr Maszlee. Aku kena hadap berpuluh-puluh kitab arab kat library pertengahan sem ari tu. Dah lah mula-mula buat dapat 1.5/15. Lepas tu, dia kasi peluang sekali lagi betulkan balik assignment tu. Dia suruh cari kitab-kitab2 lain sebagai rujukan untuk footnotes supaya kasi lagi amanah bila buat thesis. Tak pernah aku dok library dari pukul 10 pg- 6 petang hanya untuk mencari nama ulama-ulama fiqh tanpa makan dan minum. Dah laa nama mereka tu dekat2 sama je. cuma berbeza tarikh lahir, dan tempat lahir. Kena cari nama sebenar mereka. Dah laa tak dapat balik rumah sebab nak siapkan assignment tu apatah lagi nak berenjoy tengok movie kat laptop. Meme tak sempat lah kan. Akhirnya siap jugak assignment tu, dan alhamdulillah markah elok :)
Siapa student Dr maszlee memang akan terasa bagaimana dia uji student belajar kerana ilmu atau pointer. Dia pernah bengang bila ada student merungut banyak kerja bila Dr bagi lagi assignment. Dr siap cakap yang membuatkan aku nak nangis je dengar. 1st time dia marah ni.
"okayy. kamu tak nak buat tak pe. suka hati kamu. kalau siapa buat, tak dapat markah. siapa tak buat pun tak dapat markah. saya nak tengok sejauh mana keikhlasan kamu nak belajar. "
Dr sambung balik ayat dia yang buat aku lagi sentap dan sedih.
"macam mana Islam nak maju, kalau ada umat mcm ni yang pemalas, banyak merungut. Lebih baik syurga tu bagi kat org bukan Islam je. Mereka tu lagi rajin lah dari kamu semua ni. Tak wajar syurga tu utk orang pemalas. "
seriuss. ini ayat paling pedas pernah aku dengar. sentap beb. korang dengar, apa korang rasa? korang tak tengok lagi mimik muka Dr mcm mana.. Aku yang dok area depan jugak, memang terdiam, terpaku dan tersenyap seketika. Dan Dr Maszlee teruskan mengajar tapi aku tahu mood Dr tak mcm sebelum dia bagi tugas assignment tu :'(
dah kenapa cerita pasal Dr Maszlee je ni? Just sharing moments I have :)
Ilmu Bukan Hanya pada Syilibus Belajar
Kenapa aku cerita kisah aku pada awal entry ni dan berkaitan Dr Maszlee? Dr Maszlee lah buat aku terfikir yang ilmu tu bukan pada syilibus belajar. Dia nak jugak suruh kitaorang bukak kitab lain. Fine. cari dan buka kitab-kitab lain tu. Sedangkan bukan dalam syilibus pun. utk footnotes je pun. Rupanya Dr suruh aku rajin pi library dan baca buku selain dari syilibus. Waktu tu aku macam2 jumpa benda yang baru dan termasuk lah nama aku dalam kalangan pakar perubatan wanita di mesir. hehe. ada jugak.
Kita kena tahu kenapa kita masuk universiti ni. Belajar. yes. belajar ikut syilibus tu wajib tapi kalau kita tak explore selain dunia syilibus tu tak indah kan? macam aku dok hadap kitab-kitab arab fiqh tu.. bukan sbjek major aku pun nanti tapi akan hadap jugak kitab2 arab lain. Boleh je aku nak copy dari maktabah syameela (laman web kitab-kitab arab) tapi aku nak tengok sejauh mana indahnya kitab-kitab arab ni. Ya, memang indah kalau dapat explore. banyak benda yang kita tak tahu jadi tahu. Time universiti ni laa nak explore something yang orang lain tak explore. Kalau lapang-lapang tu, rajinkanlah kaki pergi library. Kot-kot kat rak tu ada buku tetiba kita minat baca ke.. selak2 pun okay gak kalau memang tak malas nak baca kulit ke kulit. boleh jugak tengok buku apa yang ada boleh dibaca. yang bukan dari syilibus. Ataupun yang dari syilibus, kita cari buku yang berkaitan. Nanti nak jawab exam ada fakta dari buku lain. Tak nampak lah sgt dok rebus buku time degree. Ambil masa sekejap explore dunia baru. benda ni kena belajar. aku pun baru nak belajar explore2 ni. Kekadang tetibe boleh je kenal orang kat library. foreigner ke.. terjumpa jodoh ke.. haha *gurau*
Okay, exploring ni macam join any persatuan/kelab... Exploring utk tambahkan keyakinan diri, leadership and communication/soft skills. Benda tu ilmu jugak. Bila join kelab/persatuan, kita akan dapat pengalaman yang mcm-mcm untuk handle program. Lepas tu, dapat kenal macam-macam orang daripada pelbagai course. ha..bekerja dengan orang yg mcm tu, mcm ni. dapat satu biro dengan leader yang sopan semacam, yang jenis bagi suka arahan pun ada, yang jenis emosi pun ada. dapat pulak Ahli biro tu mcm gila-gila semacam kan, haa.. it's wonderful to know them ;) bila jumpa kat tengah jalan, memang best dok borak-borak, tegur-tegur, sharing pasal course dia except yang memang jumpa sopan semacam, memang taklah aku nak tegur.
ICF 2013 |
NOSC 2013 |
BON 2013 |
Apa lagi, yang boleh di explore kan kat u ni. something nice kalau yang jenis suka ambil tahu isu semasa. Kat u aku ni ada jugak diskusi antara students, lecturer bincangkan satu isu. So, dari tak tahu sesuatu, kita dapat tahu jugak. Maybe ada boleh bagi idea, pendapat nak dilontarkan. bunyi mcm best je tapi aku tak pernah join.. tak sempat nak curi masa semester 1 hari tu. Cuba untuk semester depan. Insya Allah.
Cari peluang untuk berkhidmat kepada orang lain. Bukan tunggu orang minta khidmat kita.
Banyak je benda boleh di explore dalam alam universiti ni. kalau yang suka aktiviti ,mencabar,ganas-ganas sila kan. asalkan dapat pengalaman yang orang lain pun jarang nak dapat. Exploring-exploring ni kepada orang yang nak sesuatu yang lain dalam hidup dia. Bukan hidup hanya untuk belajar ilmu dalam syilibus je. Ini serius. Sebab tu aku kata, ilmu tu bukan hanya pada syilibus belajar tapi pengalaman tu pun ilmu jugak. Pointnya, kena rajin lah. RAJIN. BUKAN MALAS.
Syilibus/muqarrar tetap pembelajaran wajib. Jangan sebab join macam-macam kita tertinggal yang wajib ni. Dapatkan kecemerlangan kat situ. Kejar ilmu selagi boleh dikejar. Kot-kot mati time kita tengah kejar ilmu tu, InsyaAllah mati syahid bila kita buat sesuatu kerana Dia.. dan semoga Allah redha dengan apa yang kita kejar tu untuk cari ilmu.
Pesanan akhir,
Belajar untuk menjadi orang. Orang yang bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama.
*entry macam syok sendiri je. yang baik ambil, yang tak baik tu.. ketepikan ;)
No comments:
Post a Comment
pembaca yang berbicara ;)