Disebabkan internet kat rumah buat hal, dan awal2 sem ni pulak kesihatan agak terjejas.. so tak dapat nak tulis banyak-banyak luahan perasaan kat sini.
entry ni memang luahan perasaan dari lubuk hati. serius. kat FB aku luahkan sikit je. Kat entry nak luah panjang lagi. Copy paste kat sini aku khususkan kepada assignment. copy paste assignment manusia lain. *ganas gilaa ayat*
aku lebih khususkan dalam assignment ni sebabnya ia melibatkan orang lain. curi orang lain punya kerja. kalau meniru dalam exam, bawak nota masuk exam, tiru orang lain atau sama2 meniru, itu tak jujur pada diri sendiri. assignment ni lain. assignment ni kita kena bersusah payah pi library, cari buku.. cari bahan untuk rujukan assignment, plus taip kat laptop lagi tu tapi lastly orang yang jenis malas nak usaha sikit ni, nak senang duduk je untuk dapat markah ambil kesempatan ke atas orang yang bersusah payah copy paste je untuk assignment dia... kalau tiru sikit-sikit je, tak pe lah. ni bulat-bulat. nampak sangat pemalasnya. So, aku terfikir, kita masuk universiti ni nak dapat grad yang cemerlang dengan hasil meniru orang lain ke?
Kasihan. Sedih. Sayang.
Kenapa aku kata kasihan, sedih dan sayang ??
Pertama, sebab aku kasihan sebab macam sia-sia je masuk universiti belajar tinggi-tinggi, mak ayah hantar jauh-jauh, bayar yuran mahal-mahal tapi assignment tiru bulat-bulat orang lain punya.
Kedua, aku sedih yang copy paste assignment orang lain ni adalah orang Islam sendiri. saudara seagama aku. Kalau Rasulullah tengok umat baginda yang tak nak usaha sendiri dan curi hasil kerja orang lain, mesti Rasulullah S.A.W lagi sedih... layakkah ke kita dipanggil umat baginda? layakkah kita dapat syafaat baginda kalau kita perangai macam tu? sedangkan baginda digelar al Amin (seorang yang jujur) sejak kecil. Kita yang dh besar ni tetiba jadi tak jujur dan cari masalah dengan manusia lain. Dosa dengan Allah pun tak selesai lagi, dok cari masalah dengan manusia lain dengan copy paste assignment orang.
Ketiga, sayang dengan orang macam tu Dia tak rasa nikmat ilmu tu bila bukak kitab/buku tebal-tebal demi mencarik isi sesuatu tajuk assignment tu. Dan dia jugak tak dapat rasa perasaan bagaimana penuntut ilmu yg sebenar bila dok mencari kitab tu kat rak2, menelek, mengadap,menghadam dan lastly.. menaip. especially menaip arab. yelah, copy paste senang je kan.. right click je pun..
Apa je perkara maksiat yang kita buat tapi menggunakan tubuh badan yang Allah bagi tu.. sudah cukup untuk kita tahu yang kita jenis tak bersyukur dengan nikmatnya sedangkan semuanya itu pinjaman je.Hasil kerja kita dengan tangan sendiri lebih puas walaupun markah takde lah tinggi sangat. Asalkan kita dapat rasa kepuasan bila buat sendiir dari ambil hasil kerja orang lain. Aku pernah rasa. Terasa kepuasan bila dah siap dan dapat markah. terasa lebih berbaloi dengan usaha sendiri. Hidup seorang penuntut ilmu yang sejati, mana ada yang mudah. mesti susah awal-awal dan akhirnya manis ketika mencapai kejayaan nanti :)
Prioriti
Sebagai seorang penuntut ilmu, kita kena tahu apa prioriti dalam belajar. Apa yang patut didahulukan, apa yang patut diakhirkan. Mana yang lebih utama mengikut tujuan/impian kita. Kalau ada jenis yang boleh bahagi masa belajar dengan komitmen kelab/organisasi, kira bagus lah. Kalau jenis tak reti sangat handle lagi pembahagian masa komitmen tu, kena pastikan prioriti dulu. Jangan terus ambil banyak jawatan, komitmen sedangkan belajar jadi last pulak. Ini lah punca ada manusia yang seronok bercopy paste assignment manusia lain sebab masa tak sempat nak buat assignment. haa, ada je yang sibuk sana sini, tapi still buat assignment dengan hasil kerja sendiri cuma hantar lambat je. terlebih due date. ni pun masalah jugak. Sibuk mana kita pun, meeting sampai larut malam pun, kena la tepati masa. Lebih-lebih la kalau dapat lecturer yang suka tolak markah bila hantar lambat.
Yang pastinya, aku sukar nak tengok orang yang sibuk dengan kerja organisasi, dakwah.. sana sini.. tapi hantar assignment tepat pada masa yang diberikan. Belajar still no 1. Kalau aku jumpa, respect gilaa lah kan sebab dia pandai bahagi masa plus dia buat hasil kerja sendiri. Tak copy paste assignment orang. Ni memang bagus gilaaa la kan.
Jangan kita ni sibuk sana sini, dakwah bagai tapi belajar terjejas. mengcopy paste assignment manusia lain. tidur dalam kelas sebab terlalu penat meeting. Nothing. bagi aku nothing. Ilmu jadi last dalam prioriti hidup. Lupa, ilmu yang kita belajar ni laa untuk umat bila dah grad nanti. Nak pegang scroll konvo, pkai baju konvo tu, nak pakai and campak2 topi konvo( bergambaar) tu bukan saja-saja tapi untuk masa depan umat, Islam.
" yang paling syok,kerja dakwah luar kencang.amanah Allah,amanah parents,amanah masyarakat dan masa depan ummah,yg berkait dgan ilmu,tak tahu campak mana.
Prioriti failed.orang jatuh respek daie macam ni. "
-scha-Ini general. untuk pengajaran diri dan orang lain. ambil ikhtibar. Kita kena tanya kenapa kita masuk universiti ni. Dan kenapa Allah bagi tubuh badan, otak yang elok sehingga boleh belajar tinggi-tinggi.. fikirkan itu. muhasabah diri.
*pengalaman ni la buat aku tahu..ohh. begitulah perasaan Syamsul Yusof bila tahu KL GANGSTER 2 kena ciplak masuk youtube sebelum masuk pawagam.... aku pun tak sanggup tengok cerita tu kat youtube. Kasihan sejuk mata memandangku tu *wink3* ~
No comments:
Post a Comment
pembaca yang berbicara ;)