Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Thursday, 24 April 2014

Adakah Allah redha dengan kita ??


Assalamualaikum. long time no see.

Allah masih panjangkan umur aku sehingga saat ini. Alhamdulillah.

Aku masih duduk di library memandang kitab-kitab arab yang tak settle2 ni. assignment terus melambak dengan exam yang banyak gilaa. Tak sangka sebabkan exam , aku boleh tak makan nasi 3 hari. Last2 hari ni pening otak den dalam exam. Ya. Tapi tu laa.. adakah bila kita tak makan nasi tu, tak sayangkan perut kita tu, Allah redha dengan tindakan kita.. ? sedangkan perut tu lapar, tapi sebabkan exam punya pasal, sanggup biarkan perut tu tak diisi. Fikir balik, belajar tu ibadah gak. makan untuk bagi tenaga nak belajar pun dah kira ibadah bila kita niatkan sesuatu kerana Allah bukan semata-mata untuk kenyang.


Okay, itu cerita pasal makan. Ini, bagaimana kehidupan kita seharian? apa yang kita buat seharian tu, adakah Allah redha?? adakah berkat apa yang kita buat tu ??

pertanyaan yang tak mungkin dapat dijawab. AllahuRabbi :(

                                



Kita datang universiti, belajar,  join society sana sini, pergi talk/ceramah, tidur, main games, tengok drama.. masa berjalan mcm tu sahaja tanpa berfikir kat mana kita letak redha Dia dalam setiap perbuatan kita. Memang benda maksiat secara pastinya takkan Allah redha lah kan. Perbuatan yang baik, amalan kebaikan? Pasti ke Allah redha ??

SEKALI LAGI pertanyaan sukar dijawab. Allah je tahu sejauh mana keredhaan Dia pada kita.

Tau tak sebab apa aku rasa redha ni paling sukar nak diungkapkan sebab ia tak zahir. kita tak nampak zahirnya tapi Allah bagi rasa yg Dia redha dengan kita bila Dia bagi tanda-tanda.

Tanda-tanda  apa ?

Tanda Dia redha dengan perbuatan kita. Dia mudahkan urusan kita hari-hari.. Hati kita tenang. Hati tak gelisah. Apabila orang buat mcm2 kat kita, kita mampu bersangka baik dengan Dia jugak.

Bila satu ujian menimpa, aku terlalu fikirkan kenapa Allah uji aku mcm ni? apa yg Dia nak tunjukkan? kenapa ujian tu tak bagi kat orang lain? kenapa aku ?  yang terjawab kat otak aku ni, mesti ada something perbuatan aku yg Allah tak redha kat aku ni. So, Dia uji mcm2 nak tengok sejauh mana aku ikhlas untuk dapat keredhaan Dia daripada keredhaan manusia.

IKHLAS. Itu syarat utama untuk dapatkan redha Dia. Ni jugaklah kes paling susah nak buat. Ikhlas. buat kebaikan tanpa ikhlas mcm surah Al ikhlas. Nama je surah al ikhlas tapi takde pun sebut pasal ikhlas kat situ. Itu pun dah tunjukkan betapa susahnya nak ikhlas, apatah lagi nak capai redha Dia.


Kesimpulannya,  niat tu sangat penting untuk meraih redha Dia. Hidup kita ni bukan saja-saja tapi untuk akhirat. Walaupun kita berimpian nak dapatkan syurga.. mati syahid... tapi apa yang paling utamanya, kita nak jumpa Allah nanti dengan keadaan sejahtera dan gembira. Di mana saatnya Allah redha segala kehidupan kita dunia.. dengan mengampunkan segala dosa-dosa kita.. menerima taubat kita.. menerima amalan kebaikan kita...

Ya. Aku tahu susah. hidup kat dunia ni mana ada senang. nak senang kat syurga. Tapi lebih rahmat bila kehidupan kita di dunia ni berterusan seriring dengan redha Dia ~

betulkan niat. ikhlaskan hati. Kerana Dia, Pemilik hati ;)

                                   



*doakan aku, prereg malam ni. semoga Allah redha subjek bakal aku ambil ni ;)






استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

No comments:

Post a Comment

pembaca yang berbicara ;)