Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Sunday, 15 June 2014

MALEFICENT " seeking the true love"




Usai final exam  dua paper hari tu, kawan dok ajak pi tengok wayang. Aku ikutkan aje sebabnya jarang keluar dengan dia ni. 1 sem sekali je sejak masuk degree ni lebih-lebih dah stress mengharungi dua paper hari last tu.

Mulanya yang menempah tiket tu, nak tengok movie lain yang ada Tom Cruise. "Edge of Tomorrow" genre action tapi aku ni bukan minat movie english unless fantasy, history ke. itu aku minat tengok. genre lain, sorry. Susah nak tengok.

Disebabkan aku yang pilih, cerewet sikit. nak tak nak yg join tu semua ikut citarasa aku. Maleficient. tengok trailer Angelina Jolie pun mcm best. Syukur dapat sahabat-sahabat yang memahami. hik3 :3

MALEFICIENT

Plot cerita ni dimulai dengan seorang kanak-kanak perempuan yang ada sayap,plus dia ada kuasa. orang kata pari-pari/fairy. Her name Maleficient. Dia boleh terbang tinggi. Sayap dia buat dia kuasa yang luar biasa. Sejak kecil dia duduk dengan kawan-kawan rimba dia, means yang bukan manusia.  Tapi pada suatu hari dia terjumpa seorang budak laki,Stefan nama dia. since itu diorang dah mula rapat. and then dah mula suka and fall in love sampai besar.




cuma Maleficent lama-lama dia dah tak percaya kepada manusia sebab king masa tu cuba nak bunuh dia. Tapi biasa lah stefan ni ayat-ayat sikit kat ficient, dia dah percaya. Laki kan. Pandai buat ayat manis, jalan lah. Tak semua laki. segelintir okay. kang aku panjang-panjang jadi synopsis pulak. so, aku simpulkan kat sini je ea ikut scene yang menarik bagi aku.

#scene sayap maleficient hilang.

 Part yang lepas dia dah percaya kat stefan yang manusia tak mcm tu, Stefan khianat dia sampai potong sayap berharga ficient waktu dia tidur.  gila sedih kitorang tengok time tu. jahat gila ahh si stefan ni. Dia jumpa ficient balik pun sebab nak bunuh dia cuma tak sampai hati je, so dia potong je sayap. last-last dapat jadi king, sbb  previous king dah janji sape yg dapat bunuh ficient dapat jadi king. Aku memang tak faham orang mcm ni. Dah orang tu sayang kat kau, kau betrayed dia. Aku dapat rasa sedih si ficent bila dia nangis  tengok sayap dia dah takde. Dia tak dapat terbang mcm biasa. sedihhhh :'(

#scenes aurora lahir hingga besar



Biasa lah cerita fantasy mesti ada dendam kan. Memang si ficent ni dendam gila lah kat stefan ni. So, aurora, anak stefan lahir, dia pi sumpah aurora ni akan mati waktu umur dia 16 tahun nanti tercucuk jarum. dia akan pulih lepas temui cinta sejati. cliche kan. kitorang pun tengok cliche nya lahai cito omputih ni. takde benda lain ke nak dicerita kan. haaa. this our expectation je. haha

aurora ni dihantar jauh oleh stefan supaya tak nak sumpah ficent tu terjadi. dia dijaga oleh 3 ekor pari-pari. hahaha. pari-pari ni lawak. asyik gaduh je. aurora ni comel sangat waktu kecik. ficent banyak kali kacau dia waktu kecik, aurora boleh senyum. muka ficient tu mcm tahap benci dah tapi still pandang, caring aurora dari jauh. Kalau aurora terjatuh, ficent selamatkan.  sweet gila angelina jolie dalam cerita ni. sampai besar, aurora ni tak takut dengan si ficent ni sebab dia bagitau kat ficient;

 "you're my fairy mother "

 mana tak si ficent tu semakin sayang kat aurora ni. so, dia nak tarik balik sumpah dia dan rupanya sumpah tu tak boleh tarik balik unless aurora dapat kissing dari cinta sejati dia. ni sedih jugak bila dah sayang gilaa dengan si aurora ni.

#scene Diaval, hamba Maleficient.

Diaval, dia seekor burung gagak tapi ficent jadikan dia manusia bila ficient selamatkan dia daripada ditangkap oleh manusia. So, sebagai balasan, Diaval jadi hamba si fcient ni. watak diaval dengan maleficent sangat serasi.  spontan. tak kekok. Diaval ni buat kitorang tergelak-gelak dalam cinema tu. hahaha. sebabnya ficent ni suka hati je ubah dia jadi gagak kejap, jadi naga boleh, jadi musang boleh.. haha.. sampai si diaval ni merungut. siap perli lagi;

 " lain kali jadikan saya cacing je "

serius lawak. hahaa..  bila part last-last tu... ficient cakap tak perlu bantu dia pun.. dia boleh buat sorang-sorang. yang si diaval ni jawab ;

" kejap lagi, mesti dia cakap,diaval.. saya perlukan awak "

dua-dua watak memahami. taat sungguh si diaval ni kat ficent. walaupun banyak merungut tapi taat.
itu antara diaval dengan ficient. diaval dengan aurora pun buat aku confuse. adakah diaval ni true love aurora. sejak dari kecik diaval jadi burung gagak dok jenguk si aurora tu sampai la ke besar. bila dia jadi manusia pun, dia paling excited jumpa aurora nak kenalkan diri. kawan aku siap cakap lagi.. ni kot ture love dia.  haha. aku fikir takkan lah princess dengan gagak kot. hahaha.

orang yang buat cerita ni, pandai betul guna teknik kamera. serius. banyak scene yang menunjukkan dia ture love si aurora. kami jadi confuse dan predict macam-macam. siapalah true love si aurora ni... hermm

#scene kissing

Pada umur tepat 16 tahun, aurora dah terkena sumpahan tu. dia pun mati. Tak sempat ficent nak selamatkan dia. okay. so hanya kissing true love sahaja yang dapat hidupka dia balik. cliche kan. haha. prince pun datang, dibawa oleh si ficent dgn diaval. ( kat mana aurora jumpa si prince ni, nanti tengok sendiri eh.hihi ) tapi dia still tak sedar jugak. sampai la teknik camera tu zoom kat diaval. mati-mati predict kawan aku tu betul. Aku pun ia kan je. mungkin kot. tapi diaval tak kiss pun. Cuma si ficent sangatlah sedih bila aurora tak sedar-sedar. Dia dah anggap aurora ni mcm anak dia sendiri walaupun dia benci gila dengan ayah si aurora tu. so, dia cium aurora tu macam anak sendiri. mcm mak cium anak kan. sambil dia cakap kat diaval ;

" True love doesn't exist "  
korang dah dapat assume ke apa yang berlaku? haha . aku pun tak sangka aurora boleh bangun. kami pun mcm never expect dia akan sedar bila maleficient cium dia. so, aurora's true love siapa sebenarnya??

of course, maleficent. her fairy mother. hihi. tak cliche kan ? selalunya dalam sleeping beauty, snow white semuanya pasal kekasih. la ni pasal mak dengan anak. so sweeet kan.

haaa.. last dia tu je ke? haha. takde lah. ada lagi. kang aku cito panjang pulak. kalah wikipedia. So, korang boleh tengok sendiri. ada mesej cerita ni. aku lebih review pada konsep watak dan synopsis. 1st time mereview ni. hihi.

Al-Quran, Beriman kepada Malaikat & Maleficient/pari-pari, 

sepanjang dekat dua jam dok dalam cinema tu, aku terfikir banyak benda orang barat cilok idea daripada Al-Quran dalam filem mereka. Contohnya filem ni la. mereka kaji malaikat yang kita beriman tu mempunyai  sayap yang lebar dia kita tak boleh bayang. Sebab tu malaikat ni dikategorikan dalam alam ghaib.  sekali malaikat ni bukak sayapnya .. luas sayap tu sampai kebarat dan timur dunia. ini pun orang barat menggambarkan maleficent sampai boleh terbang tinggi dan laju. Dia pun sedih bila sayap dia yg hebat tu dipotong dan hilang sebab sayap dia tu je yang boleh buat kuasa lagi power. so, korang kena tengok cerita ni dan kaitannya.


 الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۚ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
 Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. ( Fatir :1)


mengikut kitab sofwatun tafasir karya Muhammad Ali Assobuni (2009, maktabah taufiqiah : mekah al Mukaramah) mentafsirkan bahawa ;

Qatadah berkata : " sebahagian mereka ada yang mempunyai 2 sayap,  ada yang 3 sayap ada yang empat. mereka turun dari langit ke bumi dan kembali ke langit semula. "

"mereka ( malaikat) mempunyai bentuk badan yang sangat besar, pelbagai bentuk dan tidak terkira bilangan sayapnya. Rasulullah melihat Jibril yang mempunyai 600 sayap yang panjangnya dari timur hingga ke barat."

Ali assobuni mentafsirkan bahawa ciri-ciri ini ada hanya kepada Jibril, tidak diketahui hakikat bentuk malaikat yang lainnya kecuali Allah sahaja.

di riwayatkan oleh azzuhri  tentang Malaikat ; " Wahai Muhammad, bagaimana rupa malaikat israfil itu ! sesungguhnya dia mempunyai 12 ribu sayap, sebelah sayapnya di timur, dan sebelah lagi dibarat. dan arasy itu di pundaknya (belakang). " - kitab kashaf jilid 3.

See. ini baru satu ayat ditafsirkan oleh ulama'.. ayat-ayat Quran lain ? mesti lagi panjang tafsirnya.
aku taktahu bagaimana mereka orang barat mengkaji ayat-ayat Quran tapi mereka 'hebat' jugak menggunakan idea AlQuran, kalam Allah itu untuk imaginasi mereka. kita pulak dok tonton gelak-gelak dengan imaginasi mereka sambil bawak anak-anak kecil. kita dah berimaginasi wujudnya pari-pari yang berkuasa sedangkan dalam Quran tiada istilah pari-pari. hanya cerita dongengan sahaja. yang wujud adalah malaikat. pesuruh Allah yang taat beribadat kepada Allah. Iman mereka tiada yang turun dan naik.

Mereka, orang barat mengkaji Al Quran untuk mencari jalan kebatilan. takkan kita yang pembaca Al Quran ni nak percaya kisah pari-pari kecil, fairy tales bagai tu and then cerita kan kat anak-anak, adik-adik kecil kita tentang wujud pari-pari yang ada power boleh ubah itu ini jadi itu ini. that's all imagination but reality is malaikat, ada dengan kita selalu. Malaikat Raqib & Atid ada disisi kita untuk menulis amalan baik dan buruk kita. Malaikat izrail sentiasa menjenguk kita untuk mencabut nyawa kita. selalu ceritakan kpd mereka tentang sifat-sifat malaikat supaya mereka tahu bahawa segala kartun-kartun tu hanyalah imaginasi bukan realiti. kerana realiti itu adalah AlQURAN.

Kesimpulannya, tengok filem ni dan fikirkan mesejnya. lagi-lagi pasal true love tadi. filem ni tak cliche mana pun. best. never expect true love is mother kan. yang aku sebut pasal sayap malaikat tu je aku kaitkan dengan Al Quran. Sebab dah obvious sangat disney buat mcm tu. maybe sebab hari tu exam dirasat, aku baca tafsir pasal sayap malaikat. so, terfikir sesuatu. try watching it. takkan menyesal lah ;)

semoga bermanfaat ;)






استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

No comments:

Post a Comment

pembaca yang berbicara ;)