Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Monday, 20 April 2015

PhD Bukan Penamat


It's been 10 months I didn't write anything here. Alhamdulillah. Allah masih lagi bagi nyawa nak meneruskan hidup. Aku dah masuk 2nd year degree. syukur :)

Last month, kakak aku yang sulung dah dapat phD. Alhamdulillah. Seriously, aku tak bangga pun dia dapat gelaran Dr tu, tapi aku bangga dengan kerajinan dia. Susah payah dia aku nampak since aku sekolah menengah. yelah, bukan senang nak belajar sampai tinggi-tinggi macam tu dengan tugas sebagai seorang isteri, mak, anak. lagi-lagi anak fruit aku ramai. Dia boleh cabar diri dia dengan ambil phd, dok ulang seremban -ukm- melaka. sebab tu aku tak bangga dia dapat gelaran tu, tapi aku bangga ada kakak yang rajin macam tu. Aku? adoii. nak exam tadwin lagi 3 hari, aku boleh lagi relax, tak baca buku pape. See? jauh kerajinan kakak sendiri dengan adik dia ni. Malu dengan kakak sendiri. Allah. Semangat menuntut ilmu kakak aku ni kuat, walaupun sikit-sikit dah pregnant. hahaha. dengan keadaan yang dah tak larat tu, usahakan jugak pi hantar anak main bola, pi tuisyen, naik turun pejabat ukm betulkan thesis. Mak aku siap puji lagi kakak aku ni.

" akak kau tu rajin belajar sobab tu la dio pandai "


ni komen mak sendiri. Aku pun akui yang aku tak rajin macam kakak aku ni. banyak malas. Malas tu kalau datang, susah betul nak pergi :-/

sehari sebelum konvo sebenar, aku temankan kakak aku ke ukm. Ada majlis graduasi bersama Caunselor UKM untuk student Phd fakulti Pengajian Islam. Majlis ini, penerima Phd akan dipakaikan jubah graduasi oleh supervisor masing-masing. Kira macam caunselor tengok muka sorang-sorang yang dapat Phd tu.   Kamilah yang paling awal datang dan aku dengan bangganya masuk ke dalam senate hall dengan abang dok depan sekali. yelah, nama kakak bermula huruf A,  memang awal la sebutnya nanti. haha. senang nak ambil gambar.




Aku dapat buku pamplet yang mengandungi nama-nama penerima Phd. UKM  secara am yang kita tahu, universiti yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan. Tapi ada juga yang tulis thesis in arabic. Kira memang terer arab  la tu.



ingat lagi masa akak aku booking aku sebelum tu, suruh temankan dia pi majlis ni, dia cakap gini ;

"kau toman la den nanti, ada caunselor semuo tu, lopeh tu, mesti kau rasa semangat nak menuntut ilmu "

hahaha. aku gelak je, sebagai adik yang 'baik', ikutkan je.

Dalam Conference hall tu, dengan bangganya dok depan tapi last2 tak dapat ambil gambar kakak aku sebab awal sangat nama kena sebut. Aku dok gaduh dengan abang sebab tak sempat nak snap time supervisor kakak aku, Prof Dr Wan Kamal sarungkan topi PhD tu.. haha.

Aku lihat ramai yang muda-muda jugak dan aku check dalam pamplet tu, thesis seorang wanita muda dalam lingkungan 27-30  ni, dalam arab. wow. memang hebat laa. Maybe dia pernah belajar jordan ke mesir sampai terer gitu. Perempuan kot.


Paling kelakar bila habis ceremony tu, macam biasa, ambil gambar, selfie. dan aku tolong ambil gambar orang je. datanglah supervisor kakak aku ni, Prof Dr wan Kamal bertanya kat kakak aku ;

" sape ni ? anak ke? "

hahaha. tergelak aku.

"adik saya la Prof, " balas kakak aku dengan muka malu. ada ke adik aku yg bosa godang mcm ni anak aku. confirm kakak aku berkata dalam hati gitu. hua3.




Bersama supervisor, Prof Dr Wan Kamal

"mana la tahu, awak kan kahwin awal".

bosa godang aku ni, muda jugak rupanya. haha. well3.











Aku bukan mahu menceritakan majlis atau ceremony convocation kakak aku, tetapi aku mahu focus kan bagaimana kakak aku boleh sampai ke tahap begitu. Kakak aku antara pencetus inspirasi aku nak belajar sungguh-sungguh, dapatkan yang terbaik walaupun malas tu ada jugak datang. haha. Seperti aku cerita kan kat atas, kakak aku ramai anak. masuk 6 kot. tapi dengan 6 tu boleh handle belajar, kerja, urus rumah. such amazing woman ! aku ni boleh uruskan diri sendiri dan belajar je. yang belajar ni pun tak tercungap-cungap. diri pun kadang-kadang tak terurus.

Pernah jugak zaman sekolah dulu, kakak jemput aku kat stesen bas, and aku masuk kereta dia, aku terduduk thesis phd tebal dia tu, apalagi menjerit la.

" woiii, kau duduk thesis den tu !"

cepat-cepat aku anjak, dan dia tarik thesis dia tu. berat kot sebab tebal. haha.

Yang aku kagum lagi, kakak aku sarat mengandung, sempat lagi pi ukm betulkan abstract  thesis. turun naik office. Aku taktau mana datangnya semangat tinggi dia. Aku yang tak mengandung ( haha)  ni, pi bilik lecturer pun malas, Pastu, letih sikit, balik bilik, tidur. hmmm.

Itu cerita kakak aku. dan cerita aku sikit. haha

Semangat menuntut ilmu tu kena ada. berjihad lawan malas. berjihad kurangkan tidur. Sebab kita ada komitmen dalam belajar. Nak capai tahap tertinggi, Master degree, Phd bukan senang. kena rajin. rajin kita tu bukan lah untuk dapatkan title Dr sahaja, tapi apakah sumbangan kita terhadap masyarakat dan Islam tu sendiri apabila kita dah mencapai tahap kelulusan tertinggi itu ? Sedangkan kita adalah scholar/academician yang perlu mengubah situasi dalam masyarakat. Bagi aku, Phd itu bukan penamat seseorang itu belajar dan menuntut ilmu. Kakak aku pun still datang UKM walaupun dah habis belajar situ. Masih contact dengan lecturer-lecturer yang ada.

Orang kata dah habis Phd, dah lah. Bagi aku tak. tanggugjawab tu lagi besar sebenarnya. Ustaz aku yang ajar arab kat Usim sekarang, menerima phd ketika umur awal 30-an. Sejak tu, masyarakat panggil beliau untuk bagi ceramah, di masjid, ajar arab di radio IKIM. nampak tak disitu betapa perlunya seorang scholar dalam masyarakat apabila dah ada kelulusan tertinggi. Sebab itu pendidikan amat penting untuk ubah situasi masyarakat supaya lebih baik dan keluar dari kejumudan mentaliti. Orang yang ada phd pun akan kena cari lmu lain untuk topup ilmu yang dia ada sekarang sebab pertanyaan masyarakat memang kadang2 agak kritikal. lebih-lebih lagi kita berada di zaman teknologi smartphone, internet. nak tak nak, memang kena cari ilmu walaupun bukan untuk belajar syilibus. kena jugak research, bukak kitab, buat experiment.

sebab itu aku katakan phd itu bukan penamat. Konvo itu bukan pengakhiran penghargaan buat diri. tetapi penghargaan yang sebenarnya apabila kita berupaya mengaplikasikan ilmu kita kepada masyarakat.





استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

2 comments:

pembaca yang berbicara ;)