Work for a cause, not applause. Live life to express, not impress. Don't strive to make your presence notice, just make your absence felt.

Monday, 20 April 2015

PhD Bukan Penamat


It's been 10 months I didn't write anything here. Alhamdulillah. Allah masih lagi bagi nyawa nak meneruskan hidup. Aku dah masuk 2nd year degree. syukur :)

Last month, kakak aku yang sulung dah dapat phD. Alhamdulillah. Seriously, aku tak bangga pun dia dapat gelaran Dr tu, tapi aku bangga dengan kerajinan dia. Susah payah dia aku nampak since aku sekolah menengah. yelah, bukan senang nak belajar sampai tinggi-tinggi macam tu dengan tugas sebagai seorang isteri, mak, anak. lagi-lagi anak fruit aku ramai. Dia boleh cabar diri dia dengan ambil phd, dok ulang seremban -ukm- melaka. sebab tu aku tak bangga dia dapat gelaran tu, tapi aku bangga ada kakak yang rajin macam tu. Aku? adoii. nak exam tadwin lagi 3 hari, aku boleh lagi relax, tak baca buku pape. See? jauh kerajinan kakak sendiri dengan adik dia ni. Malu dengan kakak sendiri. Allah. Semangat menuntut ilmu kakak aku ni kuat, walaupun sikit-sikit dah pregnant. hahaha. dengan keadaan yang dah tak larat tu, usahakan jugak pi hantar anak main bola, pi tuisyen, naik turun pejabat ukm betulkan thesis. Mak aku siap puji lagi kakak aku ni.

" akak kau tu rajin belajar sobab tu la dio pandai "


استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

Sunday, 15 June 2014

MALEFICENT " seeking the true love"




Usai final exam  dua paper hari tu, kawan dok ajak pi tengok wayang. Aku ikutkan aje sebabnya jarang keluar dengan dia ni. 1 sem sekali je sejak masuk degree ni lebih-lebih dah stress mengharungi dua paper hari last tu.

Mulanya yang menempah tiket tu, nak tengok movie lain yang ada Tom Cruise. "Edge of Tomorrow" genre action tapi aku ni bukan minat movie english unless fantasy, history ke. itu aku minat tengok. genre lain, sorry. Susah nak tengok.

Disebabkan aku yang pilih, cerewet sikit. nak tak nak yg join tu semua ikut citarasa aku. Maleficient. tengok trailer Angelina Jolie pun mcm best. Syukur dapat sahabat-sahabat yang memahami. hik3 :3

MALEFICIENT

Plot cerita ni dimulai dengan seorang kanak-kanak perempuan yang ada sayap,plus dia ada kuasa. orang kata pari-pari/fairy. Her name Maleficient. Dia boleh terbang tinggi. Sayap dia buat dia kuasa yang luar biasa. Sejak kecil dia duduk dengan kawan-kawan rimba dia, means yang bukan manusia.  Tapi pada suatu hari dia terjumpa seorang budak laki,Stefan nama dia. since itu diorang dah mula rapat. and then dah mula suka and fall in love sampai besar.



استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

Thursday, 24 April 2014

Adakah Allah redha dengan kita ??


Assalamualaikum. long time no see.

Allah masih panjangkan umur aku sehingga saat ini. Alhamdulillah.

Aku masih duduk di library memandang kitab-kitab arab yang tak settle2 ni. assignment terus melambak dengan exam yang banyak gilaa. Tak sangka sebabkan exam , aku boleh tak makan nasi 3 hari. Last2 hari ni pening otak den dalam exam. Ya. Tapi tu laa.. adakah bila kita tak makan nasi tu, tak sayangkan perut kita tu, Allah redha dengan tindakan kita.. ? sedangkan perut tu lapar, tapi sebabkan exam punya pasal, sanggup biarkan perut tu tak diisi. Fikir balik, belajar tu ibadah gak. makan untuk bagi tenaga nak belajar pun dah kira ibadah bila kita niatkan sesuatu kerana Allah bukan semata-mata untuk kenyang.


Okay, itu cerita pasal makan. Ini, bagaimana kehidupan kita seharian? apa yang kita buat seharian tu, adakah Allah redha?? adakah berkat apa yang kita buat tu ??

pertanyaan yang tak mungkin dapat dijawab. AllahuRabbi :(

                                


استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

Saturday, 8 February 2014

Seronoknya bercopy paste !

Alhamdulillah. I'm in new semester !  :)

Disebabkan internet kat rumah buat hal, dan awal2 sem ni pulak kesihatan agak terjejas.. so tak dapat nak tulis banyak-banyak luahan perasaan kat sini.

entry ni memang luahan perasaan dari lubuk hati. serius. kat FB aku luahkan sikit je. Kat entry nak luah panjang lagi.  Copy paste kat sini aku khususkan kepada assignment. copy paste assignment manusia lain. *ganas gilaa ayat*


aku lebih khususkan dalam assignment ni sebabnya ia melibatkan orang lain. curi orang lain punya kerja. kalau meniru dalam exam, bawak nota masuk exam, tiru orang lain atau sama2 meniru,  itu tak jujur pada diri sendiri. assignment ni lain. assignment ni kita kena bersusah payah pi library, cari buku.. cari bahan untuk rujukan assignment, plus taip kat laptop lagi tu tapi lastly orang yang jenis malas nak usaha sikit ni, nak senang duduk je untuk dapat markah ambil kesempatan ke atas orang yang bersusah payah copy paste je untuk assignment dia... kalau tiru sikit-sikit je, tak pe lah. ni bulat-bulat. nampak sangat pemalasnya. So, aku terfikir, kita masuk universiti ni nak dapat grad yang cemerlang dengan hasil meniru orang lain ke?

استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

Wednesday, 15 January 2014

Ilmu Bukan Hanya pada Syilibus Belajar


Heipp.

I'm home. Mulanya nak tengok cerita korea. tak jadi tapi nak jugak dengar lagu hindustan kat blog den ni. hehe. sedihkan instrumental ni :p

berbalik kepada tajuk entry ni. Ilmu Bukan Hanya pada Syilibus Belajar. 

semester ni banyak mengajar aku apa  erti ikhlas terhadap ilmu tu. belajar bukan untuk exam. Lecturers, subject menguji sejauh mana  ikhlas aku menuntut ilmu. terima kasih kerana memberi kesedaran itu :)

Antara yang menguji keikhlasan aku ialah apa yang aku excited baca untuk exam, memang tak keluar dalam exam tu. sikit pun. Allah. memang nak jawab apa la kan dalam exam tu. rasa nak nangis pun ada tengok   kertas jawapan tu kosong. lepas tu siap cakap kat ust,

 "terima kasih ust, sebab uji keikhlasan saya menuntut ilmu"

dan ust tu senyum. tawakal je.

Satu lagi, aku saja hantar lambat assignment dr maszlee yang last sekali. boleh je siap awal. tapi tak tahu laa tang mana aku dok ikut cakap syaitan tu.. dan akhirnya aku hantar hari Isnin. minggu depannya. sebab aku rasa..



استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

Saturday, 11 January 2014

Give up dan Down itu Warna Kehidupan



yess. I'm back after 6 month. Assalamualaikum.

Aku baru habis  exam final untuk semester pertama di alam degree.Alhamdulillah. Kesibukan yang amat sangat di alam degree ni buat aku menghargai apa itu masa, tapi still jugak belajar last-last minute -.-

Melihat blog yang semakin berhabuk tanpa di sapu mahupun di vacuum, membuat aku rasa nak menaip sesuatu ketika diri masih ada di bumi ilmu ni. Nak menulis segala pendapat, pengalaman selama 4 bulan semester pertama memang banyak lah kan cuma masa tak mengizinkan. Masuk-masuk kelas je awal semester, lecturer dah bagi assignment lebih-lebih lagi aku dapat kelas Intro to Fiqh dgn Dr Maszlee, penganalisis politik yang hebat ilmu fiqhnya. Yang masuk dalam tv1 tu.. yang dalam surat khabar tu. Lecturer kesayangan aku tu.Haha.  Memang tak sempat nak bukak FB kat laptop, tengok movie bagai macam orang lain. Rasa serba salah nak tengok cerita sebab amanah kat ilmu yang kena buat tapi tak siap-siap. Plus dengan exam bertimpa-timpa time mid term. perghh lagi laa. Plus lagi aku dapat lecturer subject lain yang  reject assignment, sikit-sikit reject. Bukak laptop ni hanya untuk buat assignment bukan utk berenjoy. Satu jihad fi sabillah betul kalau difikirkan balik.



استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر

Monday, 29 July 2013

Hikmah di Sebalik Courses

" Kita merancang, Allah pun merancang. Dan Dia sebaik-baik Perancang.  Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. "



Dengan kata-kata inilah aku pegang dan menjadi prinsip aku sejak umur 18 tahun untuk teruskan kehidupan. Ya, aku memang kuat merancang since zaman sekolah lagi. Macam-macam aku ingin buat untuk masa hadapan. Tapi bila dah dapat something apa aku nak, aku terpaksa lepaskan sebab nak jaga hati orang yang aku sayang. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku jatuh. Mungkin korang pernah rasa kot macam ni atau yang tak pernah, Allah uji benda lain pulak. Bila dah kuat merancang, kita bermimpi akan capai apa yang kita inginkan. So, bila dah meningkat alam dewasa ni, aku fikir balik, Allah.. memang jauh pulak daripada rancangan zaman sekolah dulu. Ada yang capai, ada yang tak. 

Ada sebab kenapa Allah letak kita dalam course itu.

Semua orang ada impian nak course tu laa, ini laa.. tapi bila dah check upu, Allah.. lain pulak dapat. Ada yang bernasib baik dapat bidang yang dia nak. Ada yang tak. Semua bergantung kepada rezeki. Ada tu tak dapat masuk  pun. Tapi qoutes kat atas tu sebenarnya boleh kuatkan kita balik untuk  terima qada' dan qadar Allah. Aku, dpt course lain, tapi disebabkan aku ni jenis taat sikit dgn mak, aku tukaq course lain. Abah okey je. That's 1st time abah support aku untuk amik course yang aku nak tu. Mak je tak. Aku pun ikut je arahan mak. Tukar course. Akhirnya aku bertukar ke course lain. Dan macam ni la jadinya aku. Keluaran course baru. ohohoho. Banyak Allah tunjukkan hikmah aku amik course ni dr macam-macam segi, lecturer best, subject  u best, kelas best, kawan-kawan best, tempat shopping best, makan best, masjid dekat,  semua lah. Lama-lama perasaan nak ke course tu, dah tak de dah. Ada pun sikit je laa tapi tetibe rancang mana tau boleh amik minor degree nanti. Insya Allah ;) 

استغفر الله | الحمد لله | الله أكبر